Monday, August 16, 2010

PENGLIBATAN SECARA ONLINE BERMULA DENGAN PID LANGKAP

Secara permulaannya penglibatan saya dalam penjualan secara oline adalah hasil usaha dari pengurus dan penolong pengurus PID Langkap yang bersusah payah mengajar saya cara untuk berniaga secara online. Dengan berani saya mula medekatkan diri dengan Bengek E-Kedai iaitu sebuah laman penjulan online yang diperkenalkan di dalam portal PID Malaysia.



Saya ingin mencuba menjalan perniagaan secara online adalah kerana ramai yang mengatakan ia boleh mendatang keuntungan yang baik jika betul dengan caranya. Maka saya meyakinkan diri saya untuk pertama kalinya datang ke PID Langkap yang jauhnya lebih kurang 8km dari rumah saya kerana ingin meminta khidmat nasihat dari pegawai di sana. Setelah mendapat penerangan terperinci mengenai penjulan secara online saya mengambil keputusan pertama saya untuk menjadi AHLI KELAB USAHAWAN SOSIAL PID LANGKAP di bawah bimbingan Puan Rozdiawati dan Puan Rohana.



Kelas pertama saya bermula dengan penjulan  produk melalui E-KEDAI :






           




Alhamdulillah berkat tunjuk ajar pegawai di PID saya dapat belajar sesuatu yang baru yang tak pernah saya gambarkan akan ceburi sehingga ke dalam ini.

PRODUK ZEOLITE


BERAT BERSIH : 25KG
HARGA : RM35

PACK PERCUBAAN : 500G
HARGA RM2

HUBUNGI  CIKGU NASIR UNTUK SEBARANG TEMPAHAN
0165669966

KEHEBATAN BAJA GUNUNG BERAPI ZOELITE - sumber kosmo





Oleh NORAINI A. GHANI
rencana@kosmo.com.my







MOHD. ROFENDI gembira usahanya berbaloi melalui Ladang Suria Best di Serating, Terengganu.









KETIKA berusia empat tahun manusia masih digelar kanak-kanak, namun bagi buah pitaya atau lebih dikenali sebagai buah naga, empat tahun bererti ia sudah cukup matang untuk dahannya menghasilkan buah lebat.



Waktu berkenaan adalah tempoh yang pasti paling menggembirakan bagi salah seorang pengusaha, Mohd. Rofendi Shafie. Dia mengusahakan tanaman berkenaan bersama dua rakan kongsi yang juga sepupunya, Suhaimi Deraman dan Abdul Ashaari Mohamad, masing-masing berusia 41 tahun.



Beliau yang mengambil kursus penanaman pokok keluarga kaktus tiga tahun lalu di Johor berkata, mereka perlu bersiap sedia kerana waktu untuk mereka mula menuai buah naga secara besar-besaran semakin hampir bermula.



Katanya, walaupun pokok berkenaan mampu bertahan sehingga tiga dekad atau mungkin lebih, tempoh kematangan bermula pada usia empat tahun.



"Ia sangat agresif mengeluarkan buah yang berkualiti pada waktu itu. Tetapi jika tidak dijaga, usia pokok naga mungkin tidak panjang," kata anak muda yang berusia 24 tahun itu.







PADA waktu matang pokok buah naga boleh mempunyai maksimum sehingga 10 biji buah sepokok.




Tambahnya, apabila mencapai tempoh berkenaan, sebatang pokok boleh mencapai maksimum sehingga 10 biji sepokok.



Rumah pokok pitaya pula perlu diperbuat daripada simen konkrit bagi membolehkan pokok berkenaan menjalar dan membiak dengan lancar.



Dalam soal penjagaan tanaman berkenaan, buah naga tidak memerlukan penjagaan rapi, cukup sekadar meletakkan beberapa jenis baja termasuk baja organik selain menjaga kadar siraman air.



Kata anak kedua daripada enam beradik ini, beliau mewajibkan baja gunung berapi menjadi santapan pokok pitayanya dua kali sebulan.



Ini kerana, baja berkenaan mampu memperbaiki struktur tanah serta menguatkan dahan tanaman tersebut daripada patah.



"Memandangkan dahan buah naga cepat patah, baja berkenaan adalah jalan terbaik digunakan selain penggunaan getah tayar basikal atau motosikal sebagai penahan untuk tumbesaran dan percambahan dahan," katanya kepada Kosmo!.



Mohd. Rofendi memberitahu, dia bersama rakan kongsinya mengusahakan ladang buah naga di Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Serating, di sini sejak tiga tahun lalu.



"Pada mulanya saya bekerja kilang di Shah Alam tetapi jiwa saya tetap di kampung halaman di Gong Balai, Merchang untuk menjadi peladang. Mungkin mewarisi minat arwah ayah.



"Selepas tu saya berazam mengambil alih ladang berkenaan dan bekerjasama dengan rakan kongsi arwah ayah," katanya yang mengusahakan ladang itu setelah mengambil alih tugas arwah bapanya sejak tujuh bulan lalu.



Ujarnya, soal penjagaan tanaman itu tidak cerewet, cuma perlu menjaga bajanya sahaja, lagi pun ia akan mula berbuah setelah enam bulan ditanam.




Seterusnya, ia akan berbuah pada setiap dua minggu sehingga boleh mencecah hasil seberat tiga tan dalam tempoh sebulan, katanya yang mengusahakan buah naga seluas empat hektar di taman itu.



"Walaupun saya dibayar gaji asas hanya RM800, jika termasuk elaun saya hanya mampu memperoleh wang sebanyak RM1,500 sebulan, namun, saya puas hati.



"Sebab saya boleh berjasa pada kampung saya sendiri dan saya puas bila pokok yang ditanam membuahkan hasil. Kelihatan warna merah dari jauh, ia sangat comel," katanya yang mempunyai enam orang pekerja.



Menceritakan cabaran mengusahakan tanaman berkenaan, menanam pokok naga langsung tidak berisiko malah, mendatangkan keuntungan kerana buah berkenaan diterima pelbagai bangsa.



"Hanya semut merah sahaja menjadi ancaman kepada pokok ini, terutama pada tempoh awal penanaman. Apa yang perlu dilakukan hanya meletakkan racun serangga. Itu sahaja.



"Kami tidak menanam pokok pitaya berwarna putih, kerana ia kurang manis dan kurang mendapat permintaan," katanya.



Mohd. Rofendi memberitahu, ladangnya menjual buah naga mengikut gred. Untuk harga di ladang, buah naga gred AA seberat satu kilogram sebiji iaitu sebesar kepala kanak-kanak dijual pada harga RM6.



Katanya, gred A pula iaitu buah seberat 450 hingga 500 gram sebiji dijual pada harga RM5 sekilogram, gred B seberat 350 hingga 450 gram sebiji pula dijual pada harga RM4 sekilogram.



Buah yang paling kecil iaitu gred C pula dijual pada harga RM3 sekilogram yang mempunyai berat 250 hingga 350 gram sebiji.



"Kami juga menjual buah berkenaan di luar ladang di tepi jalan raya di Jalan Serating, Marang.," katanya.


BIODATA PENGUSAHA BAJA ZOELITE


NAMA : MOHAMMAD NASIR AFENDI
UMUR : 38 THN
PENDIDIKAN : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PEJ ISLAM)
PEKERJAAN : GURU - SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN ARA TK INTAN &
USAHAWAN BAJA GUNUNG BERAPI ZOELITE
NO TELIFON : 0195669966
ALAMAT : 2300 LORONG MASJID SIMPANG 4 BALAI POLIS, CHENDRONG BALAI PERAK
NAMA SYARIKAT MN AGROFRESH ENT.
NO. PENDAFTARAN SYARIKAT : IP0284920-A