Monday, August 23, 2010

NUKILAN KEJAYAAN KU...

Assalamualaikum..selamat sejahtera, saya Mohammad Nasir b. Afendi. Saya berusia 38 tahun dan bekerja sebagai seorang guru Agama Islam di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Ara Tk Intan Perak. Saya berasal dari Tapak Semenang Teluk Intan dan kini menetap di Chendrong Balai Teluk Intan. Saya ingin bercerita berkenaan dengan kisah kejayaan dan pengalaman saya selama saya menceburkan diri dalam pernigaan online sejurus selepas menjadi ahli Kelab Usahawan Sosial PID Langkap.
Saya mengetahui tentang PID Langkap sudah lama iaitu 3 tahun dulu. Tapi saya tidak pernah menjejakkan kaki ke sana kerana saya fikirkan tidak ada apa2 perkara yang boleh saya lakukan di sana kerana saya sudah tahu mengendalikan komputer. Di rumah pun ada komputer, pencetak dan pengimbas. Yang saya tahu di PID Langkap ialah sebuah pusat pembelajaran komputer, di mana yuran pembelajaran di sana adalah di tahap mampu belajar iaitu serendah RM60.00 bagi asas Microsoft Office dan Internet. Akan tetapi, sejak saya mendapat tahu bahawa berniaga secara online adalah sangat-sangat menguntungkan, maka saya bertekad untuk mencuba dalam bidang ini dengan berbekalkan produk yang saya ada. Akan tetapi saya tercari-cari di mana perlu saya mintak bantuan tunjuk ajar dalam bidang ini. Akhirnya pada awal Mei 2010 saya terbaca banting yang terpapar di depan Pejabat Pos Langkap berkaitan dengan Kelab Usahawan Sosial, terus saya menuju ke PID. Di situ saya berkenalan dengan dua orang pegawai yang mengendalikan PID iaitu Puan Rozdiawati dan Puan Rohana. Mereka menceritakan pengenalan berkaitan dengan Kelab Usahawan PID Langkap secara mendalam kepada saya dan memperkenalkan ahli-ahli kelab yang sudah aktif seperti ulfadeli kek dan pastri. Saya bersetuju dan mendaftar sebagai ahli kelab dengan bayaran RM20 setahun.
Adakah berbaloi saya JOIN Kelab ini? Jawapannya sudah tentu berbaloi. Saya di ajar tentang cara mengendalikan komputer dengan betul kemudian terus kepada cara mengedit gambar melalui bengkel photoshop dan photoscape. Kemudian saya mengikuti Bengkel E-Kedai iaitu melalui Portal PID. Melalui bengkel ini saya amat berpuas hati kerana saya mengetahu cara bagaimana untuk menjalankan perniagaan secara online. Walaupun sambutan di E-kedai kurang memuaskan tetapi saya merasakan ia adalah satu kejayaan baru kepada saya kerana saya berjaya memasarkan produk saya secara global.
Kemudian pihak PID telah menawarkan saya separuh khemah percuma untuk saya menjalan pernigaan di samping mempromosikan produk baja gunung berapi saya di Karnival Usahawan Sosial dan ICT 2010 pada 18 Julai 2010. Alhamdulillah berkat usaha semua tenaga kerja PID, dari segi promosi dan sebagainya Karnival tersebut mendapat sambutan yang sangat baik dari komuniti sekitar dengan anggaran lebih dari 5ooo orang pengunjung datang ke karnival tersebut.

Dengan ini terbuktilah kejayaan PID Langkap selaku pengelola karnival tersebut maka impaknya kepada saya jugak tidak kurang hebatnya kerana saya berjaya membawa pulang keuntungan bersih sepanjang berlangsungnya karnival tersebut sabanyak RM750, sejumpah yang tidak saya sangka. (Lain kali buat lagi…)
Pertama sekali saya ingin berterima kasih kepada dua pegawai PID Langkap kera tidak jemu mengajar saya tanpa ada rasa penat lelah, keluh kesah mendidik saya sehingga pandai. Kedua kepada pihak kerajaan Malaysia kerana mewujudkan telecenter yang sebaik ini untuk masyarakat umum. Apa yang saya terima memang tidak ternilai hebatnya. Alhamdulillah.. Sekian terima kasih
“lawati blog saya di www.nasirzeolite.blogspot.com “

Nukilan Saya,
Mohammad Nasir b. Afendi


No comments:

Post a Comment