Tuesday, August 17, 2010

PENGENALAN BAJA ZEOLITE

APA ITU BAJA DARI LAHAR GUNUNG BERAPI?

Baja dari Lahar Gunung Berapi mengandungi ZEOLITE SEPSIS CLINOTILOLITE yang tinggi. Proses penghasilannya telah dikawal selia oleh pakar yang professional bagi mendapatkan CLINOTILOLITE yang berkualiti tinggi.

Idea penggunaannya dalam sector pertanian telah tercetus apabila percubaan penerbangan dan Program Angkasa Lepas Amerika Syarikat ( NASA ) telah berjaya. Menurut kajian NASA, Zeolite mengandongi kadar pertukaran ion ( CEC ) yang tinggi. Ini membolehkan tumbuhan hidup didalam medium tanpa penggunaan tanah.

Di Malaysia sendiri, MARDI telah menguji Zeolite, mereka mendapati Zeolite dapat MENINGKATKAN KADAR PRODUKTIVITI hasil tanaman serta MENGURANGKAN KOS PEMBAJAAN yang semakin meningkat dari semasa kesemasa.

Penemuan terbaru, zeolite dapat meningkatkan SISTEM PERTAHANAN TUMBUHAN DARI SERANGAN KULAT DAN SERANGGA. Dari sudut saintifik pula, zeolite yang mempunyai kuasa CEC yang tinggi, menggambarkan sebagai SATU PLATFORM UNTUK BAJA KEKAL LEBIH LAMA DI DALAM TANAH TANPA BERLAKU BANYAK PEMBAZIRAN. Ini bermakna ia akan mengurangkan kadar pencemaran alam sekitar.

Teknologi penggunaan zeolite telah lama diamalkan oleh negara-negara maju seperti Amerika, Taiwan, Jepun dan kebanyakkan negara Eropah. Mereka menyedari keperluan zeolite untuk sektor pertanian adalah penting bagi mendapatkan pulangan yang lumayan di sampingan ia dapat mengawal pencemaran. Pada masa kini, kajian terus dijalankan, penyelidik terus mengkaji keperluan dan kepentingan zeolite untuk kehidupan mahkluk di atas muka bumi ini.

PENGENALAN ZEOLITE

Definasi

Sejenis mineral semulajadi- “stilbite”
Dijumpai pada tahun 1756 oleh seorang Ahli Mineralogi Swedish, Alex Fredrick Cronstedt dan mengelarnya Zeolite dalam bahasa latin atau “boiling stones”.
Berbentuk 3 dimensi, micropoous dan kristal yang solid ( Al, Silicon, Oksigen )
Struktur jaringan kristaline Zeolite merupakan struktur yang optimum untuk elemen-elemen dan molekul-molekul yang telah terpilih.
Ia sarat dengan kalsium, magnesium, potassium dan mempunyai kandungan sodium yang amat rendah. Kadar ketelusanya ialah 42%.
Berupaya menukarkan cas positif yang tinggi (180-200 Meq/100g-CEC).
Menyerap zat makanan bercas positif seperti Nitrogen ( ammonia ), potassium, kalsium, magnesium, manganese, besi, kuprum dan zink.
Melepaskan kepada pokok secara perlahan lahan.
Memberi keseimbangan pelbagai zat makanan dan mengurangkan kehilangan zat nitrogen dan potassium.
Digunakan sebagai peminda tanah di Jepun, Korea, US, Indonesia, Turki, Austalia dan lain lain Negara.
Keperluan : 3.0 juta tan setahun
US sahaja : 300K tan setahun

Di Indonesia, Zeolite dicampur kompos dan digunakan sebagai media penanaman
Popular. Ia berupaya meningkatkan hasil dan potensi tanaman.

K2 ZEO ZEOLITE SEMULA JADI

. K2 ZEO ZEOLITE adalah mineral semulajadi yang
menakjubkan kerana kebolehan luarbiasanya untuk menyerap, ( kandung lepas / hold realease ) dan
menukar pelbagai kimia, nutrrien, toxin ( racun ) dan ion ion
mengikut keperluan semasa.

. K2 ZEO ZEOLITE dibentuk dari komponen kaca Lahar
Gunung Berapi jutaan tahun dahulu.

. K2 ZEO ZEOLITE memiliki struktur atom dalaman yang
bersifat telus dimana ianya menyediakan ruang yang terbuka
dengan rangkaian ruang ruang yang memberikan ia
permukaan luas ( sehingga 450m2/g)
dan kadar ketelusan yang tinggi ( sehingga 45% ) untuk
memerangkap dan menukar unsur unsur, air dan lain lain
molekul tanpa mengubah strukturnya.

. K2 ZEO ZEOLITE sangat aktif, tidak mudah larut dan
mempunyai mineral semulajadi yang stabil ( sebahagian dari kumpulan hydrated alumino silicates )
dan sesuai digunakan sebagai penambahan organic perladangan dan
perkebunan. Ianya mempunyai caj negative
diimbangkan dengan unsur unsur
bebas yang bercaj positif. Ini menyediakan perangkap yang
sangat sesuai untuk unsur unsur positif seperti ammonium
yang mempunyai kandungan
nitrogen yang tinggi dan potassium
yang akan dilepaskan pada kadar yang
diperlukan oleh tumbuhan.

. K2 ZEO ZEOLITE semulajadi yang berkualiti tinggi boleh
terus berfungsi sebagai takungan air dan nutrient didalam
tanah untuk satu jangkamasa
yang panjang.

. K2 ZEO ZEOLITE mempunyai mineral utama iaitu “
clinoptilolite” yang merupakan silikat kalsium, potassium, magnesium dan alumino dan memiliki
kadar penukaran “ cation ” ( CEC ) + 120 meq./100g.

. K2 ZEO ZEOLITE mempunyai keserasian terutama
dengan ammonium ( NH4+ ), Potassium ( K+ ), Caisium
( Ca+ ), Magnesium ( Mg+ ) dan elemen elemen lain yang menjadikan ia amat berguna sebagai bahan tambahan tanah, kompos dan baja untuk mengumpul, menyimpan dan secara perlahan lahan melepaskan nutrient baja yang kritikal.

BAGAIMANA K2 ZEO ZEOLITE BERFUNGSI

. K2 ZEO ZEOLITE menarik molekul molekul dan elemen elemen tertentu yang sesuai dengan strukturnya dan kepada caj negatifnya seperti ammonium, potassium, kalsium dan magnesium.

. K2 ZEO ZEOLITE juga mampu menapis elemen elemen
zink, plumbum, kupram dan lain lain elemen logam
berat ( heavy metals ) melalui system bio-filternya.

. K2 ZEO ZEOLITE rendah kandungan sodium, kalsium dan magnesium.

. K2 ZEO ZEOLITE membantu menyerap zat makanan dari baja kimia atau organic.

. K2 ZEO ZEOLITE mampu Mengekalkan baja dalam tanah dalam jangka panjang dan melepaskan pada tanaman secara beransur ansur.

. K2 ZEO ZEOLITE membantu meningkatkan pH tanah.

. K2 ZEO ZEOLITE amat sesuai untuk kegunaan perladangan dan perkebunan dan sesuai untuk system kerja penapisan air dimana ia membantu membekalkan oksigen yang diperlukan dalam air ( Biologycal Oxygen Demand ).

. K2 ZEO ZEOLITE mampu Menyerap sisa baki racun dalam tanah.

. K2 ZEO ZEOLITE mampu Meningkatkan system pertahanan pokok,
mencegah dari serangan perosak dan penyakit.

. K2 ZEO ZEOLITE mampu meningkatkan ruang
rongga tanah, memberi sistem pengudaraan yang
baik bagi akar pokok.

1 comment:

  1. PT KHATULISTIWA HIJAU PRIMA, Mineral Zeolite Industry
    http://www.zeoliteprima.com
    Our product Natural Zeolite Powder mesh 80 - 400
    Capacity : 3.000 MT/mounth up to 7.000 MT/mounth until Dec,2011
    Own mining zeolite from Cikembar, Sukabumi
    High CEC and SiO2
    Price : Negotiable
    Contact : + 62 266 6323327 / +62 266 6323049 / 085860678108
    Factory : Jl. Cilaksana, Desa Bojong, Kec. Cikembar, Kab. Sukabumi, Jawa Barat – Indonesia. 43161


    regrads

    ReplyDelete