Monday, August 16, 2010

PENGLIBATAN SECARA ONLINE BERMULA DENGAN PID LANGKAP

Secara permulaannya penglibatan saya dalam penjualan secara oline adalah hasil usaha dari pengurus dan penolong pengurus PID Langkap yang bersusah payah mengajar saya cara untuk berniaga secara online. Dengan berani saya mula medekatkan diri dengan Bengek E-Kedai iaitu sebuah laman penjulan online yang diperkenalkan di dalam portal PID Malaysia.



Saya ingin mencuba menjalan perniagaan secara online adalah kerana ramai yang mengatakan ia boleh mendatang keuntungan yang baik jika betul dengan caranya. Maka saya meyakinkan diri saya untuk pertama kalinya datang ke PID Langkap yang jauhnya lebih kurang 8km dari rumah saya kerana ingin meminta khidmat nasihat dari pegawai di sana. Setelah mendapat penerangan terperinci mengenai penjulan secara online saya mengambil keputusan pertama saya untuk menjadi AHLI KELAB USAHAWAN SOSIAL PID LANGKAP di bawah bimbingan Puan Rozdiawati dan Puan Rohana.



Kelas pertama saya bermula dengan penjulan  produk melalui E-KEDAI :






           




Alhamdulillah berkat tunjuk ajar pegawai di PID saya dapat belajar sesuatu yang baru yang tak pernah saya gambarkan akan ceburi sehingga ke dalam ini.

No comments:

Post a Comment